Aplikasi

WhatsApp Sedang Membangunkan Aplikasi Untuk iPadOS Dan macOS


Aplikasi permesejan sememangnya penting untuk diakseskan pada bila-bila masa sahaja. Seperti Telegram, ia boleh digunakan secara universal dan meluas meliputi kesemua peranti dan komputer yang sedia ada. Berlainan pula dengan penggunaan WhatsApp yang sememangnya hanya terhad kepada telefon pintar.

Namun perkara ini mungkin akan berubah pada masa akan datang. Menerusi WABetaInfo, WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan aplikasi untuk iPadOS dan macOS. Aplikasi WhatsApp untuk kedua-dua sistem operasi ini dibangunkan dengan menggunakan Catalyst, ciri yang membolehkan aplikasi iPadOS dan macOS berkongsi pengekodan dan rangka kerja.

Paparan antaramuka aplikasi WhatsApp untuk macOS juga dilaporkan lebih kurang sama seperti pada iPadOS. Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan bagi menjamin penggunaan pada desktop. Aplikasi WhatsApp untuk macOS baharu ini berkemungkinan akan menggantikan aplikasi sedia ada dan tidak lagi perlu bergantung kepada sambungan telefon pintar.

Penggunaan berbilang peranti juga akan disokong yang membolehkan satu akaun WhatsApp di log masuk kepada empat peranti walaupun telefon pintar utama tidak disambung kepada internet. Menurut WABetaInfo lagi, aplikasi WhatsApp untuk iPad akan dilancarkan terlebih dahulu berbanding untuk macOS.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen