Aplikasi

WhatsApp Untuk iOS Sedang Menguji Perbualan Mesej Beraudio Dengan Animasi Bentuk Gelombang


Dengan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baru, aplikasi-aplikasi kini sedang bergiat untuk menguji ciri baharu mereka sebelum diperkenalkan pada tahun hadapan. Menerusi WABetaInfo, aplikasi WhatsApp untuk iOS kini sedang menguji perbualan mesej beraudio dengan paparan animasi berbentuk gelombang berdasarkan nada suara yang dirakam.

Dengan ciri ini, pengguna boleh melihat paparan animasi gelombang audio yang dihantar atau diterima dalam perbualan mesej antara penguna. Walaupun ia tampak agak tidak penting, ia boleh digunakan apabila mendengar perbualan beraudio ketika berada di tempat awam. Dengan ini, pengguna boleh melihat nada suara samada rendah mahupun tinggi dan boleh melaraskan bunyi kelantangan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengganggu ketenteraman awam.

Ciri ini masih lagi diuji dan pengguna terpilih sahaja yang boleh menggunakannya. Tidak dipastikan samada bila ia akan dilancarkan kepada seluruh pengguna.

Sumber artikel: WABetaInfo


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen