Aplikasi

WhatsApp Sedang Menguji Ciri Pemadaman Mesej Automatik Selepas Masa Tertentu


WhatsApp menerusi aplikasi versi beta baharu mereka telah memperlihatkan suatu ciri yang berasaskan privasi terhadap pengguna. Menurut WABetaInfo yang menjumpai dan berkongsikan kepada umum, ciri baharu ini adalah dinamakan sebagai “Disappearing Messages”.

Dengan ciri ini, pengguna boleh menghantar suatu mesej seperti sulit dan akan dipadam secara automatik mengikut masa tertentu atau yang ditetapkan. Pengguna boleh mengeset masa selama 5 saat sehingga sejam untuk pemadaman mesej automatik tersebut dijalankan.

Menurut WABetaInfo lagi, ciri ini dijumpai di dalam bahagian Group Settings untuk memudahkan para admin menguruskan mesej yang dihantar oleh ahli kumpulan. Berkemungkinan ciri ini akan didapati pada perbualan mesej peribadi. Masih belum diketahui lagi untuk ciri ini tersedia kepada semua pengguna.

Sumber: WABetaInfo


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen