Aplikasi

WhatsApp Bakal Hadir Ciri Baharu Menyatukan WhatsApp Group Dalam Satu Bumbung – WhatsApp Community


Aplikasi permesejan popular, WhatsApp sedang menguji ciri baharu bagi memudahkan akses WhatsApp Group oleh pengguna. Dinamakan sebagai WhatsApp Community, ciri ini bakal menyatukan Group di bawah satu pengurusan sahaja.

Contohnya, seorang pelajar mempunyai pelbagai subjek yang dipelajari dan setiap subjek itu juga mempunyai guru berbeza mahupun kelas yang berlainan bagi kursus diploma atau ijazah. Oleh itu, bagi memudahkan perhubungan, satu WhatsApp Group dibuat bagi setiap subjek dan pelajar perlu memasuki kesemuanya.

Dengan ini, penggunaan WhatsApp Community bakal memudahkan sistem pengurusan tersebut. Dalam kata mudah, WhatsApp Community ini boleh dikategorikan sebagai kelas dan setiapnya akan mempunyai WhatsApp Group berlainan mengikut setiap subjek.

Ciri ini sangat berguna bagi pelajar dan termasuklah pengajar dimana penggunaan WhatsApp akan lebih mudah tanpa perlu membuat carian serta tidak lagi perlu menamakan setiap Group.

WhatsApp Community ini masih lagi dalam peringkat pembangunan. Pengaktifkan dan pengenalan ciri ini kepada umum masih lagi tidak dapat diketahui.

Sumber artikel: WABetaInfo


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen