Aplikasi

WhatsApp Kini Membolehkan Pengguna Untuk Memadam Perbualan Mesej Baharu Secara Automatik

Ciri “Disappearing Messages” sememangnya sudahpun terdapat bagi setiap perbualan antara pengguna pada WhatsApp. Dengan ciri ini, pengguna kedua-dua belah pihak boleh menetapkan pemadaman mesej yang telah dihantar dan diterima secara automatik dalam perbualan tersebut.

WhatsApp dalam satu kenyataan telah mengumumkan penambahbaikan ciri ini untuk lebih kawalan dan privasi pengguna. Pengguna kini boleh menetapkan pemadaman secara kekal dimana setiap mesej di dalam perbualan baharu yang dimulakan akan dipadam secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pengguna boleh mengeset tempoh tersebut selama 24 jam, 7 hari atau 90 hari pada penetapan pemadaman automatik ini. Selain itu, pengguna juga boleh memilih perbualan yang tidak perlu dipadamkan mesej di dalamnya pada tetapan perbualan individu tersebut.

Oleh itu, pengguna tidak lagi perlu untuk mengarkibkan mesej atau memadamkannya sendiri pada perbualan yang diiginkan dan boleh ditetapkan pemadamannya secara automatik.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen