Aplikasi

WhatsApp Menguji Ciri Untuk Memainkan Mesej Beraudio Dengan Kelajuan


Mesej yang mempunyai audio sememangnya antara salah satu cara perhubungan selain daripada teks. Ini kerana, pengguna tidak perlu menaip dan hanya perlu menekan ikon mikrofon untuk merakam audio dan kemudiannya menghantar mesej tersebut. Ia agak menjengkelkan sekiranya mesej beraudio tersebut mempunyai durasi yang sangat panjang.

Menerusi WABetainfo, terdapat ciri baharu yang sedang diuji iaitu kebolehan untuk memainkan mesej beraudio dengan kelajuan. Dengan ini, mesej beraudio yang dihantar boleh dipercepatkan dengan kelajuan yang boleh disetkan antara 1x atau 2x iaitu sama seperti tontonan video di YouTube.

Namun, ciri ini masih lagi dalam ujian dan pembangunan. Pengguna beta juga tidak boleh mengakses ciri ini dan tidak dipastikan bila untuk WhatsApp melancarkan ciri ini secara rasmi.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen