Berita iPhone

iPhone 6 32GB Edisi Terhad Kini Ditawarkan Pada Harga RM1,499


Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) Switch hari ini telah mengumumkan harga terbaru untuk edisi terhad iPhone 6 32GB set original (1st hand) yang kini mula dijual pada harga RM1499 dan hanya boleh didapati dengan satu warna sahaja iaitu warna Gold. Sebelum ini, iPhone 6 32GB mula dijual pada harga Rm1999 dan kemudiannya diberi diskaun kepada harga Rm1699.

Peranti ini mula dikeluarkan 3 tahun lepas dengan pilihan saiz storan 16GB, 64GB dan 128GB kemudiannya digantikan dengan peranti iPhone SE dan kini edisi terhad 32GB mula dijual. Pada harga RM1,499, ia merupakan peranti yang berpatutan untuk dibeli selepas iPhone SE 32GB yang kini masih pada harga RM1,949. Selain itu, produk yang diberhentikan penjualan secara rasmi oleh Apple, masih lagi dijual di pengedar sah Apple iaitu iPhone SE 16GB dengan harga RM1699 dan peranti iPhone 5S 16GB pada harga RM999.

Sebagai rangkuman, iPhone 6 mula dikeluarkan dengan sistem operasi iOS 8 dan boleh menyokong sistem operasi yang terkini iaitu iOS 10 dan iOS 11. Spesifikasi iPhone 6 ini mempunyai bateri bersaiz 1,810mAh dan skrin bersaiz 4.7 inci Retina HD dengan resolusi 1334×750 piksel. Ia menggunakan cip pemprosesan Apple M8 dengan 1.4 GHz dual-core 64-bit dan 1GB RAM. Kamera pula untuk yang hadapan menggunakan 1.2-megapiksel dan kamera belakang menggunakan 8-megapiksel.

Bagi yang berminat boleh membeli di laman jualan rasmi Switch di sini.

Sumber: Switch


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen