iPhone

Langkauan Siri ‘s’, iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Diperkenalkan Oleh Apple


Seperti yang dijangkakan, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini telah diperkenalkan dengan rasmi bagi menggantikan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang sedia ada. Hadir dengan reka bentuk yang seakan sama seperti iPhone 4 dan iPhone 4s iaitu rekaan panel kaca di hadapan dan di belakang. Masih mengekalkan bahan aluminium 7000 Series sama seperti iPhone 6s dan iPhone 7 sebelum ini.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut mengekalkan saiz skrin yang sama seperti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus iaitu dengan masing-masing bersaiz 4.7-inci dan 5.5-inci paparan Retina HD. Kedua-dua model mempunyai True Tone Display baharu, untuk keseimbangan warna putih skrin seperti yang terdapat pada peranti iPad Pro. Ciri True Tone Display membolehkan warna skrin berubah mengikut kesan cahaya bilik atau persekitaraan, tidak seperti ‘Auto-Brightness’ yang hanya mengubah kecerahan skrin sahaja.

iPhone 8 mempunyai kamera 12-megapiksel manakala untuk iPhone 8 Plus juga turut mempunyai kamera 12-megapiksel dengan lensa telefoto (ƒ/2.8) dan lensa sudut-lebar (ƒ/1.8) serta ciri baharu iaitu Portrait Lighting yang masih dalam versi beta. Kedua-dua kamera belakang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS), lensa enam-elemen, empat LED True Tone Flash, dan ciri yang lain.

Bagi rakaman video, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus menyokong resolusi 4K/24fps, 30fps atau 60fps, bagi 1080p HD ialah pada kadar 30fps atau 60fps. Pada kamera hadapan pula, kedua-duanya menggunakan kamera 7-megapiksel dengan rakaman video 1080p HD.

Kedua-dua model juga dikuasakan menggunakan cip pemprosesan Apple A11 Bionic berasaskan enam teras dengan 3GB RAM. Menawarkan prestasi 25% tinggi berbanding cip Apple A10 sebelum ini. Turut mempunyai M11 motion coprocessor dan neural engine untuk penggunaan Augmented Reality yang membolehkan pengguna mengabungkan kandungan maya dengan kandungan sebenar menggunakan spesifikasi kamera yang baharu.

Mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar dan kalis air serta debu dengan bacaan IP67. Ia hadir dengan tiga warna yang ditawarkan iaitu Space Grey, Silver dan Gold. iPhone 8 dan iPhone 8 Plus mengekalkan sistem pengimbas cap jari Touch ID pada bahagian hadapan skrin.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus mula boleh dibuat pra-tempahan pada 15 September dan mula dijual pada 22 September untuk beberapa buah negara terawal. Ditawarkan dengan dua kapasiti storan iaitu 64GB dan 256GB sahaja bermula dari harga $699 (~RM2941). Bagi pengguna di Malaysia, masih belum diketahui lagi untuk harga dan tarikh jualan rasmi.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen