Berita iPhone

iPhone XR Kini Ditawarkan Bermula Dari RM2899 Manakala iPhone 8 Bermula RM2199


Selepas pengenalan ketiga-tiga model iPhone yang baharu bagi tahun ini, Apple juga telah mengemas kini dan memilih barisan model iPhone generasi sebelum ini untuk dikekalkan. iPhone XR dan iPhone 8 serta iPhone 8 Plus telah dikekalkan pada tahun ini dan mula dijual pada harga yang lebih rendah.

Berikut ialah senarai harga mengikut model dan storan:

iPhone XR⠀

● 64GB – RM2899⠀

● 128GB – RM3099

 

iPhone 8⠀

● 64GB – RM2199⠀

● 128GB – RM2399

 

iPhone 8 Plus⠀

● 64GB – RM2699⠀

● 128GB – RM2899⠀

Kesemua harga ini mula dipapar dan digunakan pada laman web jualan rasmi Apple. Untuk wakil jualan rasmi Apple, masih belum dikemas kini buat setakat ini. Bagi iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone X, iPhone 7 Plus, dan iPhone 7 tidak lagi dijual oleh Apple. Namun, wakil penjual rasmi Apple masih lagi menjualnya dengan harga promosi.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen