Info

Cara Melihat Pembelian App Store Dan iTunes Secara Terperinci Pada iOS


Apple kini telah memudahkan pengguna untuk memeriksa dan melihat senarai pembelian secara terus dan terperinci daripada peranti iOS. Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan perisian iTunes > App Store > Account Settings pada komputer sahaja untuk melihat senarai pembelian di App Store dan iTunes yang telah dibuat.

Walaupun sebelum ini boleh melihat senarai muat turun dan pembelian melalui App Store dan iTunes pada iOS, ia hanyalah untuk digunakan memuat turun semula dan tidak menunjukkan maklumat harga dan info terperinci. Untuk mendapatkan proses pembayaran balik, pengguna juga tidak boleh membuatnya pada peranti iOS.

Dengan fungsi baharu ini, pengguna boleh melihat senarai pembelian secara terus dan terperinci daripada peranti iOS melalui:

1. Pergi ke Settings > iTunes & App Store / Settings > Akaun (atas Airplane Mode) iTunes & App Store / buka aplikasi App Store.

2. Ketik pada akaun Apple ID > View Apple ID dan masukkan kata laluan akaun atau cap jari ataupun wajah untuk pengesahan.

3. Tatal ke bawah dan ketik pada Purchase History, anda boleh lihat senarai aplikasi, media yang telah dimuat turun dan dibeli sejak akaun Apple ID anda dibuat dahulu.

Jika anda menggunakan Family Sharing, anda akan boleh lihat senarai pembelian yang menggunakan akaun Apple ID anda sahaja dan tidak boleh melihat pembelian dibuat oleh ahli keluarga yang lain. Anda perlu log masuk akaun Apple ID mereka untuk melihat senarai pembelian.

Kesemua senarai disusun mengikut pembelian atau muat turun yang dibuat pada tarikh tersebut. Bagi aplikasi atau media yang belum dibayar dan diproses oleh pihak bank akan dimasukkan pada panel ‘Pending’ di atas sekali.

Jika anda ketik pada aplikasi atau media, anda boleh melihat maklumat terperinci seperti tarikh pembelian/muat turun dan daripada peranti yang digunakan. Anda boleh juga meminta dan mendapatkan pembayaran balik (refund) sekiranya tersalah beli ataupun mempunyai masalah dengan menekan Report a Problem di bawahnya.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen