App Store

Perbelanjaan Di App Store Dilaporkan Mencecah Sehingga RM300 Bilion Pada Tahun Lepas


Penggunaan aplikasi pada telefon pintar pada masa kini ialah merupakan suatu inovasi yang membantu dan memudahkan para pengguna samada dalam menguruskan hal harian mahupun sebagai hiburan. Ketika dunia dilanda wabak, sudah tentu pengguna lebih menggunakan telefon pintar mereka ketika berada di rumah. Menerusi laporan oleh Sensor Tower melaporkan, sejumlah RM300 billion telah dibelanjakan di App Store oleh pengguna Apple.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun berikutnya dengan pembelian aplikasi, secara-dalam aplikasi dan termasuklah langganan. Selain daripada aplikasi permainan, pembelian oleh pengguna lebih menjurus kepada aplikasi yang berasaskan kategori hiburan dengan peningkatan sebanyak 29.3% yang menjana sebanyak RM22 billion.

Di samping itu, pembelian aplikasi permainan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 25% berbanding tahun 2019 dengan penjanaan sehingga RM193 billion pada tahun 2020 sahaja.

Laporan itu juga turut menyatakan pasaran telefon pintar telah mengalami pertumbuhan secara mendadak disebabkan perubahan dan kehendak pengguna sedia ada.

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen