Apple

Apple Dilapor Membeli Iklan Google Bagi Mendapatkan Komisen Pendapatan Langganan Aplikasi Popular


Menerusi laporan oleh Forbes menyatakan bahawa Apple dilapor membeli iklan daripada Google bagi aplikasi popular yang mempunyai pelan langganan dan pembayaran di luar App Store. Dengan langkah ini, Apple akan menyuruh pengguna untuk membeli pelan langganan melalui App Store tanpa pengetahuan pembangun aplikasi tersebut. Perkara ini dilaporkan berlanjutan sejak dua tahun lepas.

Aplikasi seperti HBO, Masterclass, Babbel, dan Tinder adalah aplikasi yang menjadi mangsa. Laporan itu juga menyatakan, terdapat iklan yang ditaja oleh Apple tetapi tidak memberitahu pembangun dan pemilik syarikat untuk menggunakan maklumat aplikasi mereka. Kesemua aplikasi ini mempunyai proses pembayaran dan langganan pada laman web tersendiri tetapi dengan kuasa Apple, pengguna akan dibawakan terus App Store bagi membeli pelan langganan aplikasi tersebut.

Penjelasan Google menyatakan tidak bertanggungjawab terhadap pemilik yang memiliki iklan pada platform mereka. Menurut Google, ini tidak menyalahi polisi iklan yang ditetapkan dan tidak memadam iklan tersebut. Iklan yang dimilki oleh Apple juga direka seakan sama seperti iklan asal bagi meningkatkan jumlah pengguna untuk menekannya.

Dengan cara ini, pembangun dan syarikat akan mengalami kerugian disebabkan mereka perlu meningkatkan kos pengiklanan bagi bersaing dengan Apple. Mereka juga perlu membayar 30% pendapatan kepada Apple bagi tahun pertama dan 5% tahun berikutnya bagi setiap jualan di App Store.

Ini secara langsung meningkatkan lagi pendapatan Apple dan merugikan pihak lain. Pengguna yang mempunyai masalah berkaitan dengan langganan perlu menerusi perkhidmatan Apple dan bukannya menerusi wakil syarikat. Ini menyukarkan lagi proses perkhidmatan pelanggan dan memburukkan nama baik pembangun dan pemilik syarikat.

Sumber artikel: Forbes


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen