App Store

Sistem Pembayaran Luar App Store Perlu Diaktifkan Bermula 9 Disember Ini Oleh Apple


Pembelian melalui App Store sememangnya memudahkan, apatah lagi sistem pembayaran menggunakan nombor telefon yang boleh dikawal selia oleh pengguna. Ramai yang tidak tahu bahawa setiap pembelian dilakukan, sebanyak caj 30% telah diambil oleh Apple dan selebihnya diberikan kepada pembangun aplikasi.

Dalam kes saman Epic Games terhadap Apple berlangsung daripada tahun lepas telah menyaksikan beberapa perubahan yang perlu dilakukan bagi sistem pembayaran ini. Pada hari ini, hakim yang mendengari kes saman tersebut telah mengarahkan Apple untuk membenarkan sistem pembayaran di luar App Store bermula 9 Disember kelak.

Dengan ini, pembangun aplikasi tidak lagi perlu membayar 30% daripada pendapatan bagi setiap jualan kepada Apple. Kes seperti telah berlaku seperti contoh, aplikasi Spotify. Sebelum ini Apple telah meminta penangguhan bagi arahan ini bagi mencari bagaimana untuk mengimplementasikan sistem pembayaran alternatif yang tanpa menggunakan sistem mereka sendiri.

Sumber artikel: Reuters


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen