Berita iOS

Kemas Kini iOS 9.3.6 Dan iOS 10.3.4 Dikeluarkan Untuk Penambahbaikan GPS


Bersama-sama dengan kemas kini iOS 12.4 yang dikeluarkan hari ini, Apple juga turut mengeluarkan kemas kini iOS 9.3.6 dan iOS 10.3.4 bagi model peranti iOS yang lama. Ini adalah untuk memperbaiki dan menampal masalah pepijat GPS.

Menurut Apple:

Starting November 3, 2019, some iPhone and iPad models introduced in 2012 and earlier will require an iOS update to maintain accurate GPS location and keep the correct date and time. This is due to the GPS time rollover issue that began affecting GPS-enabled products from other manufacturers on April 6, 2019. Affected Apple devices are not impacted until November 3, 2019.

Kemas kini ini memfokuskan pada menambah baik dari segi prestasi lokasi GPS. Selain itu, kemas kini ini juga untuk memperbaiki masalah yang boleh menyebabkan waktu dan tarikh sistem tidak tepat dipaparkan. Kemas kini ini dikeluarkan khas untuk peranti lama seperti iPhone 4s, iPhone 5 dan iPad model selular.

Berikut ialah senarai iOS dan peranti yang menyokongnya:

1. iOS 9.3.6 :-

  • iPhone 4s
  • iPad mini (generasi pertama) Wi-Fi + Selular
  • iPad (generasi ke-2) Wi-Fi + Selular
  • iPad (generasi ke-3) Wi-Fi + Selular

2. iOS 10.3.4 :-

  • iPhone 5
  • iPad (generasi ke-4) Wi-Fi + Selular

Berdasarkan testimoni beberapa pengguna di laman Twitter mendapati, kedua-dua iOS ini dilihat lebih lancar dan stabil dari segi antaramuka serta prestasi bagi peranti lama di atas. Pengguna yang mempunyai peranti tersebut boleh mengemas kini bermula hari ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen