Apple hari ini secara rasminya mengumumkan servis langganan Apple TV+ dengan berharga RM19.90 sebulan. Di samping itu, Apple juga turut menawarkan langanan percuma selama satu tahun apabila anda membuat pembelian sebarang produk Apple yang baharu seperti iPhone, iPad, iPod, Mac dan Apple TV. Tawaran ini hanya tersedia untuk tempoh tertentu sahaja.
Setiap pembelian diberi tempoh selama tiga bulan untuk penebusan promosi ini. Jika anda tidak membuat sebarang pembelian produk, anda diberikan percubaan selama 7 hari bagi servis perkhidmatan langanan kandungan video Apple TV+ ini. Kesemua kandungan video ini boleh dilanggan dan ditonton melalui aplikasi Apple TV yang terdapat pada iPhone, iPad, Apple TV, iPod touch, dan Mac serta platform yang lain termasuklah secara dalam talian melalui laman web tv.apple.com.
Servis langganan baharu ini akan mula dilancarkan pada 1 November ini dengan harga RM19.90 sebulan dan boleh dikongsikan sehingga 6 orang menggunakan Family Sharing. Namun, hanya 1 penebusan sahaja bagi setiap kumpulan yang menggunakan Family Sharing ini
Tambah Komen