Apple TV Program Beta Umum tvOS

Tutorial Untuk Mendaftar Program tvOS Public Beta Bagi Pengguna Umum


Apple Beta Software Program ini secara ringkasnya ialah merupakan program Public Beta yang dikhususkan kepada pengguna umum/biasa macam kita semua untuk mencuba dan menggunakan versi percubaan macOS sebelum versi Umum/Public rasmi dilepaskan pada bulan September. Program ini mula diperkenalkan bermula dari iOS 8 sehinggalah kini yang meliputi sistem operasi iOS, macOS, tvOS dan yang terbaru ialah iPadOS. Untuk mengetahui maksud yang lebih lanjut mengenai program ini dan perbezaan dengan versi iOS lain boleh dibaca pada artikel ini.

Pertama sekali anda perlu perlu mendaftar program Public Beta ini dengan menggunakan akaun Apple ID sedia ada. Pendaftaran ini boleh dibuat pada peranti iOS ataupun di komputer dan log masuk dengan menggunakan akaun Apple ID tersebut pada peranti Apple TV 4 anda. Kemudian tetapkan untuk menerima kemas kini perlu diaktifkan dan barulah tvOS Public Beta boleh dimuat turun dan dibuat kemas kini. Tutorial untuk mendaftar program Public Beta:

1. Buka laman web beta Apple di sini.

2. Seperti yang diterangkan di atas, program ini memerlukan akaun Apple ID. Bagi yang belum mempunyai akaun Apple ID boleh ketik Sign Up dan bagi yang sudah mempunyai akaun Apple ID ketik Sign In.

3. Masukkan akaun Apple ID dan kata laluan anda, selepas itu ketik Sign In.

4. Anda perlu bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan oleh Apple untuk syarat-syarat disediakan. Tatal ke bawah dan ketik Accept.

5. Kemudain, log masuk akaun Apple ID yang anda telah daftarkan di atas pada peranti Apple TV anda: Settings > Account > Apple ID.

6. Selepas itu, pergi ke Settings > System > Software Update > Get Public Beta Updates > tetapkan kepada On. Ikuti langkah yang ditunjuk bagi melengkapkan proses ini.

7. Peranti Apple TV anda akan menerima kemas kini versi beta secara automatik apabila dikeluarkan. Untuk mengemaskini, pergi ke Settings > System > Software Update > Update Software > Download and Install untuk membuat kemas kini yang dikeluarkan.

8. Untuk memberi maklum balas, aplikasi Feedback akan muncul selepas anda membuat kemas kini Public Beta ini pada halaman utama Apple TV anda. Tidak lagi berminat untuk menggunakan versi Public Beta ini? Sila ikuti tutorial lengkap ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen