Apple TV+

Kandungan Apple TV+ Menyokong Dolby Vision Dan Dolby Atmos Tetapi Terhad Kepada Peranti Tertentu


Selepas pengenalan Apple TV+ pada acara khas Apple lepas, Apple telah menerbitkan dokumen sokongan mengenai Apple TV+ ini. Dokumen tersebut ada menerangkan mengenai sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos bagi langganan kandungan video yang diterbitkan pada Apple TV+.

Menurut Apple:

Apple TV+ lets you stream all-new breakthrough original shows and films, ad-free and on demand. New originals will be added to Apple TV+ every month. You can watch Apple originals in 4K HDR / Dolby Vision and most titles also offer Dolby Atmos sound.

Berikut ialah peranti yang menyokong Dolby Vision:

  • iPhone 8 dan seterusnya
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-3)
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-2)
  • iPad Pro 10.5-inci
  • Apple TV 4K
  • kandungan 4K, 4K HDR, 4K Dolby Vision dan HDR10 tersedia untuk semua komputer Mac yang diperkenalkan pada tahun 2018 dan ke atas dengan skrin berresolusi 4K.
  • iMac Pro
  • televisyen pintar yang boleh memainkan kandungan 4K, HDR, dan Dolby Vision secara AirPlay daripada peranti Apple anda dan boleh memainkan filem dan siri televisyen daripada aplikasi Apple TV.

Untuk peranti yang menyokong Dolby Atmos:

  • semua komputer Mac yang diperkenalkan pada tahun 2018 dan ke atas
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11
  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-3)
  • Apple TV

Kandungan Apple TV+ akan boleh dilanggan bermula 1 November ini pada harga RM19.90 sebulan. Setiap pengguna diberikan tempoh percubaan selama 7 hari dan jika anda membeli peranti iPhone, iPad, iPod, Mac dan Apple TV, anda mendapat langanan percuma selama setahun. Langganan Apple TV+ ini boleh dikongsikan kepada 6 orang menggunakan Family Sharing.

Namun, hanya 1 penebusan sahaja dibenarkan bagi setiap kumpulan yang menggunakan Family Sharing ini.

Sumber artikel: 9t05Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen