Acara Khas Apple Apple TV Apple TV+

Apple TV+ Bakal Dilancarkan Pada 1 November – Berharga RM19.90 Sebulan

Selepas memberi pengenalan mengenai servis perkhidmatan langganan kandungan video pada bulan Mac lepas, Apple hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran servis Apple TV+. Servis langganan baharu ini akan mula dilancarkan pada 1 November ini dengan harga RM19.90 sebulan dan boleh dikongsikan sehingga 6 orang menggunakan Family Sharing. Namun, hanya 1 penebusan sahaja bagi setiap kumpulan yang menggunakan Family Sharing ini.

Apple TV+ ini menawarkan pelbagai variasi video seperti filem, dokumentari, rancangan televisyen yang dihasilkan oleh beberapa pengarah terkemuka yang diterbitkan melalui pihak Apple. Variasi video boleh ditonton melalui aplikasi Apple TV yang terdapat pada iPhone, iPad, Apple TV, iPod touch, dan Mac serta platform yang lain termasuklah secara dalam talian melalui laman web tv.apple.com. Percubaan percuma selama 7 hari diberikan bagi yang ingin mencubanya.

Bagi rancangan televisyen, terdapat beberapa siri episod yang mula ditayangkan secara berperingkat dan ada yang ditayangkan kesemuanya serentak. Bagi yang berminat, pastikan aplikasi Apple TV terdapat pada halaman Home sebelum 1 November ini.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen