Berita iPhone

Pra-Tempahan iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Di Malaysia Akan Dibuka Pada 20 September


Selepas sahaja pengumuman rasmi bagi ketiga-tiga telefon pintar Apple bagi tahun ini, tarikh penjualan rasmi telah pun ditetapkan di Malaysia iaitu pada 27 September ini. Bersama-sama dengan itu, barisan wakil penjual rasmi Apple juga turut mengumumkan tarikh pra-tempahan bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Tarikh 20 September telah ditetapkan bagi pra-tempahan dijalankan di Malaysia tepat pada pukul 12.01 am/pagi hari Jumaat tersebut. Perkara ini diumumkan oleh wakil penjual rasmi Apple di Malaysia seperti Switch, Machines dan Mac Studio melalui akaun sosial mereka. Tarikh yang sama juga ditetapkan untuk pra-tempahan bagi syarikat telekomunikasi dan di laman web jualan rasmi Apple.

Tempoh pra-tempahan dengan penjualan rasmi iPhone adalah kebiasaan dijalankan dengan jarak waktu antara 7 hari. Bagi yang ingin menjadi pengguna terawal yang memegang dan memiliki iPhone baharu ini, anda bolehlah melakukan pra-tempahan pada 20 September kelak. Harga bagi sesebuah telefon pintar ini mengikut storan ialah:

– iPhone 11:

  • iPhone 11 64GB : RM3399
  • iPhone 11 128GB : RM3599
  • iPhone 11 256GB : RM4099

– iPhone 11 Pro:

  • iPhone 11 Pro 64GB : RM4899
  • iPhone 11 Pro 256GB : RM5599
  • iPhone 11 Pro 512GB : RM6499

– iPhone 11 Pro Max:

  • iPhone 11 Pro Max 64GB : RM5299
  • iPhone 11 Pro Max 256GB : RM5999
  • iPhone 11 Pro Max 512GB : RM6899

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen