Berita watchOS

Versi Beta Terakhir watchOS 6 Dikeluarkan Untuk Pembangun


Bersama-sama kemas kini beta yang dikeluarkan hari ini, Apple juga mengeluarkan kemas kini untuk sistem operasi watchOS. Peringkat beta terakhir atau Golden Master (GM) untuk watchOS 6 telah dikeluarkan untuk pembangun aplikasi. Versi beta watchOS tidak terdapat untuk pengguna umum yang berdaftar di bawah program Public Beta.

Semalam, Apple telah memperkenalkan Apple Watch Series 5 pada acara khas bersama-sama tiga model iPhone yang baharu. Apple Watch Series 5 mempunyai beberapa ciri khas baharu seperti kompas terbina, paparan skrin sentiasa aktif dan banyak lagi.

Selain daripada itu, Apple juga turut mengumumkan tarikh pelancaran rasmi watchOS 6 yang bakal dilepaskan pada 20 September ini. Berikut ialah senarai model Apple Watch yang menyokong watchOS 6 ini:

  • Apple Watch Series 1
  • Apple Watch Series 2
  • Apple Watch Series 3
  • Apple Watch Series 4
  • Apple Watch Series 5

Perlu diingatkan bahawa tidak semua ciri yang diperkenalkan terdapat pada kesemua model Apple Watch.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen