iPhone Khabar Angin

Kuo: Penjualan iPhone 11 Dijangka Meningkat, Pilihan Warna Baharu Lebih Popular


Penganalisis terkemuka, Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan kenyataan mengenai iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 11 September yang lepas.

Menurut beliau, jangkaan penjualan ketiga-tiga iPhone akan meningkat bagi pilihan warna baharu. iPhone 11 ditawarkan dengan dua warna baharu iaitu warna hijau dan ungu manakala untuk iPhone 11 Pro ditawarkan warna Midnight Green.

Namun, beliau juga menyatakan masalah penghasilan bagi kaca warna Midnight Green sedang berlaku dan menyebabkan bekalan iPhone yang tidak mencukupi mengikut waktu serta penghantaran yang lambat. Beliau juga menjangkakan penjualan iPhone 11 Pro Max adalah tinggi di pasaran Amerika Syarikat manakala bagi pasaran China, iPhone 11 menjadi pilihan utama pengguna.

The shipping times of midnight green iPhone 11 Pro, green iPhone 11, and purple iPhone 11 are all two–three weeks or longer. The shipping times of other colors are roughly shorter than ten days. It should be noted that the glass casings of midnight green models are currently facing production issues; therefore, it makes the shipping time longer.

Kuo juga mempercayai iPhone 11 adalah pilihan terbaik bagi pengguna iPhone 6/6s/7 disebabkan harga yang murah. Selain itu, pelan faedah serendah 0% untuk 24 bulan juga antara faktor peningkatan penjualan iPhone tahun ini termasuklah program pertukaran.

Harga iPhone 11 ditawarkan adalah bermula dari RM3399 manakala RM4899 bagi iPhone 11 Pro. Pra-tempahan ketiga-tiga iPhone ini akan dibuka pada 20 September ini dan penjualan rasmi pada 27 September kelak bagi waktu Malaysia.

Sumber artikel: MacRumors dan 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen