Info iPhone

iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Dilengkapi Dengan Modem Intel


Menerusi laporan oleh PCMag, ketiga-tiga barisan model iPhone 2019 iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dilengkapi dengan modem yang dibangunkan oleh Intel. Penggunaan modem pada iPhone baharu ini boleh dilihat dengan paparan antaramuka halaman skrin ujian medan (field test screen).

Menurut PCMag, peranti yang menggunakan modem daripada Intel dan Qualcomm mempunyai konfigurasi menu yang berbeza. Namun, halaman skrin ujian medan tidak menyatakan jenis cip modem yang digunakan tetapi berkemungkinan dilengkapi dengan cip XMM 7660, iaitu modem terakhir yang dibangunkan oleh Intel sebelum perkhidmatan dan perniagaan modem ditutup sepenuhnya.

Halaman skrin ujian medan pada iPhone baharu dengan paparan antaramuka Intel. Gambar oleh PCMag.com.
Halaman skrin ujian medan pada iPhone yang menggunakan modem Qualcomm. Gambar oleh PCMag.com.

Pada awal tahun ini, Apple dan Qualcomm telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama dan menyelesaikan kes saman di antara kedua-dua pihak di luar mahkamah. Waktu yang agak lambat untuk mula menukar dan menggunakan modem Qualcomm pada barisan iPhone baharu tahun ini.

Ketiga-tiga iPhone baharu dijangka menawarkan kelajuan 4G yang pantas sebanyak 20% berbanding model sebelum ini. Bagi iPhone 11, kelajuan internet selular adalah sedikit perlahan berbanding iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max disebabkan penggunaan antena 2×2 MIMO berbanding antena 4×4 MIMO.

Apple dijangka bakal menggunakan cip modem yang dibangunkan oleh Qualcomm bagi barisan iPhone 2020 dengan sokongan 5G. Apple juga dilapor akan membangunkan teknologi dan cip modem tersendiri berdasarkan pengambilalihan perniagaan modem telefon pintar Intel oleh Apple sekurang-kurangnya pada tahun 2021.

Sumber artikel: PCMag


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen