Berita iPhone

Pra-Tempahan iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Di Malaysia Kini Dibuka


Setelah hampir satu minggu ditunggu-tunggukan, pra-tempahan bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max kini boleh dibuat secara rasmi di Malaysia. Buat pertama kalinya, pra-tempahan ini dibuka dalam tempoh fasa ke-2 dan lebih awal berbanding model iPhone sebelum ini. Oleh itu, wakil penjual rasmi dan syarikat telekomunikasi telah menyatakan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat pra-tempahan. Penjualan rasmi bagi ketiga-tiga iPhone ialah pada 27 September ini.

Sebelum itu, berikut ialah senarai harga mengikut model iPhone baharu ini:

iPhone 11
64GB – RM3399
128GB – RM3599
256GB – RM4099

iPhone 11 Pro
64GB – RM4899
256GB – RM5599
512GB – RM6499

iPhone 11 Pro Max
64GB – RM5299
256GB – RM5999
512GB – RM6899

A. Wakil Penjual Rasmi:

1. Switch.

Wakil penjual Switch telah menyatakan maklumat seperti tempoh pra-tempahan dan pembayaran serta lain-lain. Menurut pihak Switch, tempoh pra-tempahan dibuka ialah:

  • Online pre-order period: 20 Sep 2019 (12:01am) – 22 Sep 2019 (11:59pm)
  • Outlet pre-order period: 20 Sep 2019 (10:00am) – 26 Sep 2019 (10:00pm)

Pautan pra-tempahan melalui laman web Switch:

Terdapat dua cara pembayaran yang boleh dilakukan untuk pra-tempahan dan terdapat beberapa perbezaan seperti cara dan waktu pengambilan iPhone. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman FAQ Switch mengenai pra-tempahan ini di sini.

2. Machines.

Sama seperti Switch, pihak Machines juga mempunyai maklumat yang dinyatakan bagi pengguna yang ingin membuat pra-tempahan melalui mereka. Antaranya ialah:

  • Pre-Order Venue: The iPhone 11, iPhone 11 Pro pre-order will be available across all Machines stores and online www.machines.com.my
  • Pre-Order Period: From 20 September 2019, 12:01 AM to 26 September 2019.
  • In-store Collection Venue: All Machines outlets. Subject to changes based on availability and without prior notice.
  • In-store Collection Date: Order before 23 September 2019 to get on 27 September 2019. Orders made on 24 September 2019 onwards may be subject to 3-5 working days for processing.

Pautan pra-tempahan melalui laman web Machines:

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman FAQ Machines untuk pra-tempahan ketiga-tiga iPhone ini di sini.

3. MacStudio.

Pautan pra-tempahan melalui laman web MacStudio:

4. iTWorld.

Maklumat mengenai dan cara pra-tempahan boleh dibaca melalui laman pra-pendaftaran minat iTWorld di sini.

5. Mac City.

Pautan pra-tempahan melalui laman web Mac City:

6. epiCentre.

Tiada kemas kini setakat ini.

7. Mac Borneo.

Tiada kemas kini setakat ini.

8. Ascend Zone Communication.

Tiada kemas kini setakat ini.

9. Thunder.

Tiada kemas kini setakat ini.

10. Optiprimus

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui kedai mereka. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui laman Facebook Optiprimus di sini.

B. Syarikat Telekomunikasi

1. Celcom.

Maklumat lanjut, boleh layari laman web Celcom di sini untuk membuat pra-tempahan. Pihak Celcom telah menyatakan beberapa maklumat seperti:

  • tidak disenarai hitam oleh mana-mana syarikat telekomunikasi
  • kos bil pascabayar tidak ada tertunggak
  • memiliki kad kredit
  • membuat pendaftaran Celcom Mobile Plan
  • melakukan pertukaran rangkaian telekomunikasi ke Celcom

2. Digi.

Untuk pra-tempahan, sila layari pautan ini. Proses pra-tempahan adalah berbeza mengikut pelan yang anda gunakan. Menurut Digi untuk pengguna pascabayar:

Bagi pengguna pelan prabayar, anda perlu menukar rangkaian kepada pelan pascabayar. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web Digi di sini.

3. Maxis.

Untuk pengguna pascabayar Maxis, anda perlu membuat pendaftaran akaun Maxis Online ID dan Maxis Pay bagi memudahkan proses pra-tempahan. Proses dan harga pra-tempahan serta maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman pra-tempahan Maxis di sini.

4. UMobile.

Bagi maklumat pra-tempahan, layari laman web UMobile mengenai pra-tempahan ini di sini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen