Khabar Angin

Konsep Prototaip Model iPhone 2020 Dengan Rekaan Bezel Kecil Tanpa Takuk Di Atas


Model iPhone baharu tahun ini iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max baru sahaja dilancarkan pada bulan ini. Masa dan waktu sekarang mungkin agak terlalu awal untuk mengetahui mengenai model iPhone tahun hadapan pula. Namun, pereka konsep berdasarkan maklumat tertiris iaitu Benjamin Geskin telah berkongsikan kepada umum mengenai rekaan iPhone 2020.

Menurut beliu menyatakan, Apple mempunyai prototaip untuk iPhone model 6.7-inci dengan rekaan bezel kecil di sekeliling skrin iPhone tanpa takuk pada bahagian atas. Kedudukan komponen seperti kamera TrueDepth dan Face ID dikatakan berada pada bahagian atas bezel kecil skrin tersebut. Ini boleh dilihat pada ilustrasi pengolokan seperti di bawah.

Sebelum ini, kita pernah mendengar mengenai iPhone dengan skrin bersaiz 6.7-inci ini oleh penganalisis terkemuka iaitu Ming-Chi Kuo. Pada minggu ini beliau telah menyatakan bahawa model iPhone 2020 akan menggunakan reka bentuk bingkai luaran seperti iPhone 4 tahun 2010 yang lepas.

Walaupun Geskin mempunyai rekod yang baik apabila menyampai maklumat tertiris, prototaip dan paten, hasil ilustrasi beliau agak kurang tepat jika dibandingkan pereka konsep yang lain seperti @Onleaks. Apa-apa pun, buat setakat ini kesemua maklumat seperti di atas hanya boleh dianggap sebagai khabar angin sahaja.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen