Konsep

[Galeri] Konsep iPhone 2020 Dengan Rekaan Berasaskan Seperti iPhone 4


Berdasarkan laporan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganalisis Apple iaitu Ming-Chi Kuo menerusi TF International Securities sebelum ni telah melaporkan, kesemua model iPhone pada tahun hadapan akan direka semula dengan bingkai luaran menggunakan rekaan yang berlainan dan berasaskan seperti iPhone 4. Reka bentuk berbongkah atau berkotak seperti ini sudah pun digunakan pada peranti iPad Pro versi premium.

Bagi memberikan gambaran dan idea yang lebih jelas mengenai reka bentuk luaran iPhone 2020 berdasarkan kenyataan tersebut, sebuah konsep telah direka oleh pereka Aziz Ghaus bersama Benjamin Geskin. Mereka berdua telah memuat naik gambar konsep iPhone 2020 ini melalui akaun Twitter mereka iaitu @smazizg dan @BenGeskin. Sebelum ini, Benjamin Geskin telah berkongsikan konsep panel skrin iPhone 2020 dengan bezel yang lebih kecil dan tanpa takuk di atas.

Konsep iPhone 2020 ini dihasilkan adalah mengikut saiz skrin 5.4-inci dan 6.7-inci berdasarkan khabar angin sebelum ini. Terdapat dua pilihan warna pada konsep tersebut iaitu emas dan hitam. Diharapkan tiada yang mengambil serius mengenai rekaan konsep ini kerana ia adalah berdasarkan kenyataan, analisa dan khabar angin oleh pengasalisis serta sumber-sumber lain dan bukan daripada pihak Apple sendiri.

Anda boleh lihat gambar konsep iPhone 2020 ini pada galeri di bawah:


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen