Berita macOS

Apple Mengeluarkan macOS Catalina 10.15 Beta 10 Kepada Pembangun


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 10 untuk macOS Catalina kepada pembangun. Kemas ini ini adalah untuk sebagai percubaan sebelum pelancaran rasmi kepada umum. Bagi versi Public Beta, akan dikeluarkan dalam masa terdekat kepada pengguna berdaftar.

Nombor pembuatan versi beta 10 ini adalah 19A578c. Sehingga kini, Apple masih lagi tidak mengumumkan tarikh rasmi bagi macOS Catalina untuk dilancarkan secara rasmi kepada umum sebaliknya hanya menyatakan ia akan dilancarkan pada bulan ini sahaja.

Berikut ialah senarai komputer Mac yang menyokong macOS Catalina ini:

  • MacBook – bermula tahun 2015 dan seterusnya
  • MacBook Air – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • MacbBok Pro – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • Mac Mini – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac Pro – bermula tahun 2017 dan seterusnya
  • Mac Pro – bermula tahun 2013 dan seterusnya

Sumber: iClarified


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen