Acara Khas Apple macOS

macOS Catalina Akan Sedia Dimuat Turun Pada Bulan Oktober Hadapan


Bersama-sama dengan iOS dan iPadOS, Apple juga turut mengemaskini mengenai sistem operasi macOS Catalina. Diperkenalkan pada acara khas Apple WWDC lepas, sistem operasi ini akan sedia dimuat turun pada bulan Oktober hadapan.

Namun, Apple masih tidak menetapkan tarikh yang tetap pada laman web mereka. Bagi pengguna komputer Mac, berikut ialah senarai komputer yang disokong:

  • MacBook – bermula tahun 2015 dan seterusnya
  • MacBook Air – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • MacBook Pro – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • Mac Mini – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac Pro – bermula tahun 2017 dan seterusnya
  • Mac Pro – bermula tahun 2013 dan seterusnya

macOS Catalina ini mempunyai beberapa ciri baharu seperti aplikasi Apple Music, Apple Podcast dan Apple TV baharu, ciri Sidecar untuk berkongsi paparan dengan iPad dan lain-lain lagi.

Untuk mengemaskini, pengguna boleh membuatnya pada Software Update yang terdapat pada System Preferences atau di Mac App Store bergantung kepada sistem operasi komputer yang digunakan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen