Berita macOS

Apple Mengeluarkan Versi Golden Master Untuk macOS Catalina Kepada Pembangun


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini beta terakhir atau Golden Master (GM) kepada pembangun. Kemas kini hadir selepas versi beta 10 yang dikeluarkan pada 3 hari lepas dan selepas hampir 3 bulan berada di dalam peringkat beta yang diuji dan dicuba oleh para pembangun dan pengguna berdaftar di bawah Program Public Beta.

Versi Golden Master ini adalah merupakan versi beta terakhir yang juga sebagai kemas kini yang bakal dilepaskan kepada umum kelak. Versi ini boleh dimuat turun pada halaman Software Update yang terdapat pada aplikasi System preferences. Dengan ini, pelancaran rasmi macOS Catalina ini bakal berlangsung tidak lama lagi.

Namun, Apple tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi bagi macOS Catalina ini dilancarkan. Berikut ialah senarai komputer Mac yang menyokong macOS Catalina ini:

  • MacBook – bermula tahun 2015 dan seterusnya
  • MacBook Air – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • MacbBok Pro – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • Mac Mini – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac Pro – bermula tahun 2017 dan seterusnya
  • Mac Pro – bermula tahun 2013 dan seterusnya

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen