macOS

macOS Catalina Mungkin Akan Ditawarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan


Sistem operasi komputer Mac yang baharu iaitu macOS Catalina tidak dilancarkan bersama-sama sistem operasi peranti yang lain seperti iOS, iPadOS, tvOS dan watchOS. Apple juga tidak memberikan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran macOS Catalina ini sewaktu acara khas Apple yang berlangsung pada 11 September yang lepas.

Namun, berdasarkan laman web Apple Denmark menerusi halaman macOS Catalina terdapat sebuah bahagian yang menyatakan servis Apple Arcade akan tersedia pada Mac App Store pada 4 Oktober ini. “Exceptional gameplay. Find it in the App Store from October 4” adalah teks yang dipaparkan pada bahagian tersebut. Jika maklumat ini adalah betul, macOS Catalina mungkin akan dilancarkan pada minggu hadapan.

Servis Apple Arcade untuk Mac memerlukan kemas kini macOS Catalina yang dipasang pada komputer anda. Apple mungkin akan melancarkan macOS Catalina pada tarikh yang sama mengikut Apple Arcade. Namun, tidak berkemungkinan bagi pelancaran kedua-dua macOS Catalina dan Apple Arcade untuk Mac diadakan pada tarikh yang berlainan.

Apa-apa pun, pengguna Mac hanya boleh menunggu sahaja buat masa ini.

Suntingan kemas kini: Apple telah membuang tarikh 4 Oktober tersebut daripada halaman macOS Catalina pada laman web Apple Denmark.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen