macOS Program Beta Umum

macOS Catalina Beta Kini Boleh Dicuba Oleh Pengguna Umum


Bersama-sama dengan versi public beta iOS 13 dan iPadOS 13, Apple juga turut mengeluarkan versi public beta bagi macOS Catalina 10.15 kepada pengguna umum yang ingin mencubanya. Apple sebelum ini menyatakan bahawa versi Public Beta ini akan tersedia kepada pengguna umum pada bulan Julai hadapan tapi mungkin melihatkan sistem operasi ini stabil bagi pengguna umum menggunakannya.

Untuk makluman, macOS Catalina 10.15 ini akan boleh dimuat turun secara rasmi pada bulan September ini kelak. Jangan salah sangka dengan versi beta dengan versi umum pada bulan September, versi beta ini mempunyai banyak pepijat, selain dari segi masalah prestasi, masalah penggunaan aplikasi dan penggunaan serta jangka hayat bateri yang agak singkat.

Berikut ialah senarai komputer Mac yang menyokong sistem operasi macOS Catalina:

  • MacBook – bermula tahun 2015 dan seterusnya
  • MacBook Air – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • MacBook Pro – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • Mac Mini – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac Pro – bermula tahun 2017 dan seterusnya
  • Mac Pro – bermula tahun 2013 dan seterusnya

Bagi yang ingin mecuba, anda boleh mengikuti tutorial lengkap di sini dan bagi yang masih kurang paham akan pemahaman maksud beta berdasarkan iOS, anda boleh membaca huraian ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen