macOS Program Beta Umum

Apple Mengeluarkan Versi Beta 1 Untuk Kemas Kini macOS Catalina 10.15.1

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 1 untuk macOS Catalina 10.15.1 kepada pembangun dan pengguna berdaftar untuk versi Public Beta. Kemas ini ini adalah untuk sebagai percubaan sebelum versi 10.15.1 rasmi kepada umum. Versi beta 1 ini dikeluarkan selepas beberapa hari macOS Catalina 10.15 dilancarkan secara rasmi.

Menurut nota kemas kini Apple:

“macOS Catalina‌ 10.15.1 introduces support for the AMD Navi RDNA eGPU architecture and brings some changes to ‌Photos‌. You can now filter by Favorites, Edited, ‌Photos‌, Videos, or Keywords in the All ‌Photos‌ view, and you can choose View > Metadata > Titles to enable titles and filenames in the All ‌Photos‌ View.”

macOS Catalina membawakan ciri dan fungsi termasuklah senarai aplikasi baharu. Aplikasi iTunes tidak lagi didapati pada sistem operasi ini dan telah dipecahkan kepada tiga aplikasi iaitu Apple Music, Apple Podcast dan Apple TV. Bagi urusan peranti iOS dan iPadOS, proses membuat salinan data pendua, kemas kini dan penyahgredkan boleh dibuat melalui Finder.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen