Khabar Angin

Pakej MacBook Pro 16-Inci Mungkin Akan Disertakan Dengan Pengecas USB-C 96W

Komputer riba Apple yang baharu dikhabar akan dilancarkan pada bulan ini iaitu MacBook Pro dengan skrin bersaiz 16-inci. Oleh itu, terdapat laporan dikongsikan oleh laman web Chongdiantou memperlihatkan sebuah gambar label yang tertiris iaitu pengecas USB-C 96W. Menurut laman tersebut, pengecas ini adalah dihasilkan khas untuk MacBook Pro 16-inci tersebut.

Gambar ini diterima daripada sumber tidak dikenali daripada WeChat yang tertera “96W USB-C Power Adapter” dan “Designed by Apple in California — Assembled in China”, sama seperti penggunaan label pada aksesori dan kotak produk tulen Apple yang lain. Sumber itu juga menyatakan, saiz pengecas ini adalah sama seperti pengecas USB-C 85W yang terdapat pada pakej MacBook Pro 15-inci.

Gambar di atas mungkin agak meragukan tetapi Apple sebelum ini telah mengesahkan mengenai skrin Pro Display XDR yang berkebolehan untuk mengecas peranti sehingga 96W. Setakat ini, tiada komputer MacBook Pro yang mempunyai kuasa pengecas setinggi itu.

Apple berkemungkinan akan mengadakan satu lagi acara khas pada bulan ini bagi memperkenalkan model MacBook Pro dan iPad Pro yang baharu. Sebelum ini, terdapat gambar tertiris memperlihatkan model acah iPad Pro baharu dengan tri-kamera pada bahagian belakang.

Sumber artikel: MacRumors | Gambar utama: MacRumors

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen