Mac

Mod ‘High Power’ Disertakan Khas Untuk MacBook Pro 16-Inci Dengan Cip M1 Max


Pada minggu ini Apple telah melancarkan siri model komputer MacBook Pro yang baharu kepada umum. MacBook Pro 14.2-inci dan MacBook Pro 16.2-inci adalah model komputer Mac khas untuk golongan profesional. Sebanyak dua pilihan cip yang berkuasa tinggi boleh dikonfigurasikan bersama iaitu M1 Pro atau M1 Max.

Bagi konfigurasi yang tertinggi iaitu MacBook Pro 16.2-inci dengan cip M1 Max bakal mempunyai satu mod khas bagi memudahkan suatu tugasan dijalankan dengan pantas. Rujukan ‘High Power Mode’ telah dijumpai dalam versi beta macOS Monterey dimana mod ini akan menggunakan penggunaan tenaga yang tinggi.

Mod ini juga akan menggunakan tenaga tinggi bagi memudahkan proses tugasan yang dijalankan dengan pantas. Oleh itu, penggunaan mod ini akan meningkatkan lagi kelajuan kipas seterusnya kepada bunyi yang agak kuat didengari. Menurut Apple, mod ini dikhaskan bagi tugasan tertentu yang memerlukan penggunaannya dan tidak disarankan bagi tugasan biasa.

Buat masa ini, mod ini hanya ditawarkan untuk MacBook Pro 16.2-inci dengan cip M1 Max sahaja. Berkemungkinan dengan konfigurasi dan kemas kini akan datang bakal ditawarkan pada model yang lain.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen