Khabar Angin

Rekaan Cip 3nm Oleh Apple Dijangka Bakal Hadir Pada 2023


Pada tahun lepas, Apple telah mengumumkan fasa peralihan kepada penggunaan cip pemprosesan buatan sendiri berasaskan ARM daripada Intel. Pada hari ini, cip M1, M1 Pro dan M1 Max ialah barisan cip dihasilkan oleh Apple yang terdapat pada model iPad Pro dan komputer Mac.

Rekaan ketiga-tiga cip ini ialah berasaskan teknologi 5nm. Dengan fasa peralihan yang telah memasuki tahun pertama, Apple kini dilaporkan sedang membangunkan cip pemprosesan generasi kedua bagi menggantikan sedia ada.

Cip M2 dijangka masih menggunakan rekaan teknologi berasaskan 5nm tetapi dengan ditambah baik dari prestasi berbanding barisan cip M1 sekarang.

Menerusi laporan itu juga melaporkan Apple dan TSMC merancang bagi menghasilkan cip berasaskan 3nm pada awal tahun 2023 untuk komputer Mac.

Pada masa yang sama, cip dengan rekaan 3nm ini juga akan digunakan pada iPhone dalam tempoh yang berkenaan.

Penggunaan barisan cip M1 sekarang mendapat pelbagai reaksi positf dengan penawaran yang lebih pantas, bunyi kipas yang lebih senyap, lebih jimat tenaga dan suhu komputer yang kurang panas.

Sumber artikel: The Information


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen