Acara Khas Apple

Cip Pemprosesan M1 Pro Dan M1 Max Diperkenalkan Oleh Apple


Pada tahun lepas, Apple telah memperkenalkan cip M1 berasaskan ARM kepada umum yang dibangunkan sendiri bagi menggantikan cip Intel yang digunakan pada barisan komputer Mac sebelum ini. Bagi tahun ini, Apple memperkenalkan cip buatan mereka yang lebih berkuasa dan mampu menandingi jenama lain.

M1 Pro dan M1 Max ialah pilihan cip berasaskan rekaan 5nm bagi penjanaan komputer Mac yang baharu. Kedua-dua cip ini menawarkan kelajuan CPU sejumlah 70 peratus lebih pantas berbanding M1. Dengan ini membolehkan pengguna profesional melakukan sebarang tugasan yang lebih pantas.

Menurut Apple, M1 Pro ialah cip berasaskan 10-teras CPU dengan 8-teras prestasi tinggi bersama 2-teras prestasi efisien. Dari segi grafik, M1 Pro kini dua kali lebih pantas berbanding M1 yang berasaskan 16-teras GPU. Ia juga turut menyokong RAM tertinggi sehingga 32GB membolehkan kelajuan mencapai 200GB/s.

Bagi M1 Max pula, ia menawarkan empat kali lebih pantas berbanding M1 dengan berasaskan 10-teras CPU sama seperti M1 Pro tetapi dengan 32-teras GPU. Dari segi RAM, ia boleh disokong sehingga 64GB dengan kelajuan mencapai 400GB/s atau enam kali lebih memori maksimum daripada cip M1.

Dari segi penjanaan kuasa, kedua-dua cip ini memberikan 1.7 kali penjimatan kuasa atau 70 peratus berbanding cip buatan lain.

Proses peralihan Apple Silicon kini telah memasuki tahun pertama bagi dua tahun jangkaan Apple. Dengan penawaran kedua-dua cip M1 Pro dan M1 Max, peralihan ini adalah salah satu langkah ke hadapan bagi menerajui industri pembuatan cip yang berkuasa, berteknologi tinggi dan jimat kuasa.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen