Berita watchOS

Kemas Kini watchOS 5.3.2 Dikeluarkan Untuk Apple Watch Series 4 Bagi Pengguna Yang Tidak Mengemas Kini iOS 13


Apple hari ni telah mengeluarkan kemas kini watchOS 5.3.2 untuk Apple Watch Series 4. Kemas kini baharu ini adalah khas untuk pengguna yang memiliki iPhone yang tidak dapat mengemas kini iOS 13. Peranti seperti iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus adalah tidak menyokong sistem operasi iOS 13 yang baharu dan hanya boleh dikemas kini sehingga iOS 12.4.2 sahaja.

watchOS 6 tersedia untuk Apple Watch Series 1, Series 2, Series 3 dan Series 4 termasuklah Series 5 yang baharu. Namun, pengguna perlu mengemas kini ke iOS 13 terlebih dahulu pada iPhone mereka untuk mendapatkan kemas kini pada Apple Watch yang dimiliki. Buat masa ini, Apple Watch Series 1 dan Series 2 masih belum boleh untuk mengemas kini watchOS 6 ini.

Kemas kini watchOS 5.3.2 ini mula dikeluarkan untuk Apple Watch Series 1, Series 2 dan Series 3 pada bulan lepas. Ia adalah untuk menampal pepijat sekuriti yang dijumpai oleh pasukan Google’s Project Zero:

  • Impact: A remote attacker may be able to cause unexpected application termination or arbitrary code execution
  • Description: An out-of-bounds read was addressed with improved input validation.

Sumber artikel: 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen