iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 beta 2 telah dikeluarkan pada hari ini kepada pembangun dan juga pengguna berdaftar di bawah program Public Beta. Sebelum ini, versi beta 1 membawakan ciri seperti Deep Fusion, Annouce Messages with Siri dan banyak lagi. Pada versi beta 2 ini, pelbagai ciri dan fungsi baharu yang penting terdapat dalam kemas kini ini. Antaranya ialah:
– Senarai Emoji baharu: Pada bulan Julai lepas, Apple telah memberikan senarai emoji baharu iaitu sebanyak 59 emoji baharu yang membawakan 75 variasi jantina dan sejumlah 230 emoji sepenuhnya dengan variasi jantina dan pengubahan warna kulit yang dikirakan sekali. Emoji binatang seperti Orangutan, memerang, sloth, skunk, dan flamingo ialah yang terdapat dalam senarai emoji tersebut, manakala emoji makanan ialah seperti bawang putih, bawang, mentega, tiram, dan waffle.
Terdapat juga emoji manusia dengan riak wajah seperti menguap dan gaya badan seperti tangan mencubit, berlutut, berdiri dan beberapa pilihan kombinasi emoji manusia berpegangan tangan berdasarkan warna kulit, dan jantina.
Emoji pelbagai yang lain seperti kuil Hindu, pakaian sari, payung terjun, yo-yo, layang-layang, kasut balet, kerusi, kapak, stetoskop, topeng penyelam serta emoji yang lain terdapat dalam senarai tersebut. Selain itu, emoji untuk menggambarkan orang kurang upaya (OKU) juga diperkenalkan. Emoji seperti telinga dengan alat bantuan pendengaran, anjing pemandu, tangan dan kaki mekanikal, manusia dengan tongkat bantuan berjalan, dan manusia menaiki kerusi roda.
Untuk senarai penuh, anda boleh membaca penerangan Emoji baharu ini pada laman web Emojipedia.
– Edit Home Screen: Pilihan “Rearrange Apps” yang muncul ketika membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada ikon aplikasi kini telah digantikan kepada “Edit Home Screen.” Sumber: MacRumors
– Padam aplikasi pada Home Screen: Terdapat pilihan baharu untuk memadamkan aplikasi dengan lebih pantas apabila membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada ikon aplikasi tanpa perlu masuk ke dalam mod ‘jiggle’. Sumber: MacRumors
– Ruang pilihan Emoji baharu: Terdapat ruang pilihan apabila memilih emoji yang mempunyai pelbagai warna kulit mengikut karakter.
📱👆New emoji picker in iOS 13.2 for selecting multiple skin tones in a single emoji. A clean implementation which will scale well to 🤝👩❤️👨👩❤️👩👨❤️👨👩❤️💋👨👩❤️💋👩👨❤️💋👨👨👩👦👨👩👧👨👩👧👦👨👩👦👦👨👩👧👧👩👩👦👩👩👧👩👩👧👦👩👩👦👦👩👩👧👧👨👨👧👨👨👧👨👨👧👦👨👨👦👦👨👨👧👧👩👦👩👧👩👧👦👩👦👦👩👧👧👨👦👨👧👨👧👦👨👦👦 in future pic.twitter.com/KqJZGFuZFH
— Jeremy Burge (@jeremyburge) October 10, 2019
– Siri Privacy Splash Screen: Selepas anda selesai memasang iOS 13.2, terdapat halaman baharu untuk pengguna memilih samada untuk berkongsikan atau tidak rakaman audio kepada Apple ketika menggunakan Siri and Dictation. Sumber: 9to5Mac
– Delete Siri & Dictation History: Pada halaman Siri di dalam aplikasi Settings, terdapat pilihan untuk memadamkan kesemua maklumat yang dihantar daripada peranti anda ke pelayan Apple. Sumber: MacRumors
– Audio Recordings: Pada bahagian Analytics and Improvements di dalam halaman Privacy pada aplikasi Settings, terdapat pilihan samada untuk pengguna berkongsikan atau tidak rakaman audio kepada Apple untuk menambah baik Siri.
– Animasi AirPods: Pada versi beta 1 sebelum ini, terdapat gambar ikon yang memperlihatkan rekaan Apple AirPods generasi ke-2. Dalam beta 2 ini, terdapat animasi baharu untuk mengajar pengguna menukar pilihan fungsi pembatalan hingar aktif atau active noise reduction (ANR). Pembatalan hingar dijangka akan menjadi ciri yang baharu diperkenalkan pada fon telinga Apple tersebut. Sumber: MacRumors melalui @_inside
This new animation in iOS 13.2 will teach users how to change noise cancelation options on the new AirPods. https://t.co/p17iN47Sy4 pic.twitter.com/T7YwaFw5Cv
— Guilherme Rambo (@_inside) October 10, 2019
– Rakaman Video: Apabila membuat rakaman video pada model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, pengguna boleh mengubah resoluti dan kadar per saat (fps) video secara terus di dalam aplikasi Camera. Pengguna boleh mengubah dengan menekan pada nombor dan ikon yang terdapat pada bahagian kanan atas. Resolusi dan FPS boleh diubah dan dipilih secara bebas mengikut tetapan oleh pengguna. Sumber: MacRumos
– Ikon tetapan emoji yang baharu pada papan kekunci. Sumber: u/DuraidAbdul
– Animasi app switcher (penukaran aplikasi): Animasi multitugas bagi app switcher (penukaran aplikasi) kini lebih pantas berbanding sebelum ini. Sumber: u/frstshot
– Pilihan dan tetapan ‘action sheet’ baharu pada aplikasi Music. Sumber: u/hiddecollee
– Bunyi getaran Haptic Touch baharu pada aplikasi Home Screen. Sumber: u/Jeicam97
– Hide Preview: Terdapat pilihan Hide Preview ketika membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada menu konteks. Sumber: u/gulabjamunyaar
– Tetapan pencahayaan baharu pada Portrait Mode. Sumber: u/vlobe42
– Tulisan tajuk lagu dan nama artis dikurangkan saiz untuk dimuatkan pada keseluruhan skrin pada CarPlay. Sumber: u/epmuscle
– Animasi atau ‘flash’ ketika membuat Screen Shot tidak lagi terang dan tidak menjengkalkan mata. Sumber: u/m-nos_
– Gambar album lagu lebih besar pada Apple Music. Sumber: u/gemoritzt
Tambah Komen