Apple iPhone

Senarai Pemenang Untuk Gambar Mode Malam Terbaik Oleh Apple

Pada bulan Januari yang lepas, Apple telah mengadakan sebuah pertandingan untuk pengguna menyertakan gambar mode malam yang ditangkap oleh mereka. Penyertaan ini terbuka untuk pengguna iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang telah berlangsung daripada 8 Januari hingga 29 Januari lepas.

Apple melalui laman Newsroom hari ini telah mengumumkan seramai 6 pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut. Pemenang daripada negara China, India, Rusia dan Sepanyol berkongsikan perspektif mereka disebalik kecantikan dan keindahan persekitaran waktu malam di tempat mereka.

Gambar-gambar ini akan dipamerkan pada galeri di laman sesawang apple.com, pada akaun rasmi Instagram Apple (@apple) dan pada papan iklan diseluruh dunia. Setiap penyertaan telah dinilai oleh juri yang terdiri daripada jurufoto profesional dan daripada pihak Apple sendiri.

Berikut ialah senarai pemenang berserta gambar yang ditangkap oleh mereka.

Instagram: @chalabov
Instagram: @houdini_logic
Instagram: @mitsun
Instagram: @rubenpb
Instagram: @tomrus
Weibo: ericube_23

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen