Berita iPad

Pembelian Papan Kekunci Untuk iPad Pro Kini Tersedia Di Malaysia Bermula RM1349


Setelah diumumkan pada bulan Mac yang lepas, aksesori papan kekunci Apple Magic Keyboard untuk model iPad Pro telah tersedia untuk pembelian secara rasmi di Malaysia. Pengguna yang memiliki model iPad Pro yang baharu mahupun model sebelum ini boleh menggunakan papan kekunci ini sepenuhnya dengan membuat kemas kini versi iPadOS 13.4.

Apple Magic Keyboard ini ditawarkan dengan harga RM1349 untuk model 11-inci manakala untuk model 12.9-inci berharga RM1549.

Aksesori papan kekunci ini merupakan yang pertama mempunyai pad sesentuh terbina yang dikeluarkan oleh Apple. Berbanding dengan model sebelum ini, papan kekunci ini mempunyai daya besi berani yang membolehkan untuk iPad dilekatkan pada bahagian belakang dan terapung apabila diletakkan pada posisi seakan komputer riba.

Kekunci pada Magic Keyboard ini juga menggunakan mekanisma suis gunting seperti yang terdapat pada model MacBook Pro 16 dan juga MacBook lain yang terkini. Pengguna boleh mengecas iPad serta menyambungkan aksesori seperti paparan monitor atau pemacu storan luaran pada port USB-C yang terdapat pada engsel papan kekunci ini.

Sumber: Apple | Laman jualan Apple


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen