App Store

Cawangan Apple Store Kedua Di Thailand Bakal Dibuka Pada Jumaat Ini


Apple hari ini telah memberikan pratonton cawangan Apple Store kedua mereka yang terletak di Thailand. Apple Central World ialah merupakan cawangan Apple Store ketiga di Asia Tenggara dan juga yang terbesar di Thailand terletak di Ratchaprasong, Bangkok yang ditempatkan di kawasan bandar dengan kemudahan destinasi.

Apple Central World ini mempunyai reka bentuk luaran yang menggunakan keseluruhan bahan kaca sebagai dinding di seluruh kedai. Dari segi reka bentuk dalaman, kedai ini mempunyai bumbung yang berasaskan rekaan kanopi dan pada bahagian tengah pula seolah seperti batang pokok.

Apabila memasuki kedai ini, pelanggan boleh naik ke atas dengan tangga lingkaran diperbuat daripada keluli tahan karat yang terletak pada bahagian tengah. Apple Central World ini juga terletak bersebelahan dengan stesen Skytrain dan juga pasaraya yang terbesar di Bangkok.

Ruang untuk sesi Today At Apple juga tersedia untuk pelanggan yang ingin mengikuti acara tersebut. Apple Store ini menempatkan 130 staf yang boleh bertutur sebanyak 17 bahasa bagi memudahkan pengguna untuk berurusan.

Bagi yang berkesempatan, pembukaan pada Jumaat ini hanya dibuka kepada jemputan temu janji sahaja. Yang ingin mendapatkan slot, anda perlu mendaftarkan di laman web apple.com/th/centralworld dan memilih waktu yang sesuai dengan anda.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen