Aplikasi

Ciri Hujan Salji Kini Boleh Diaktifkan Pada Aplikasi Apple Store


Dengan cuti musim sejuk dan perayaan sambutan Hari Natal yang bakal tiba, sudah pasti pelbagai bahan kandungan dan media sedang giat dipersiapkan. Apple dalam pada itu telah mengembalikan ciri hujan salji pada aplikasi Apple Store yang dijumpai oleh Appleosophy. Ciri ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 buat kali pertamanya.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda perlu memuat turun aplikasi Apple Store di App Store dan taipkan “let it snow” pada bahagian kotak carian. Kemudian, salji akan mula turun daripada atas skrin peranti anda dan boleh menikmatinya. Walaupun negara tercinta ini beriklimkan khatulistiwa, dengan cuaca yang sejuk sekarang ini boleh memberikan sebuah angan-angan seperti berada di negara bersalji.

Aplikasi Apple Store ini membolehkan untuk membuat pembelian sebarang produk Apple dengan mudah. Pengguna juga boleh melihat senarai peranti yang didaftarkan di bawah akaun Apple ID masing-masing.

[Muat turun aplikasi Apple Store]


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen