App Store

Cawangan Baharu Apple Store Di Sanlitun, Beijing Kini Dibuka


Cawangan Apple Store yang berada di Sanlitun, Beijing, China kini telah dibuka semula di lokasi yang berbeza. Apple Sanlitun kali ini dua kali lebih besar berbanding sebelum ini dan turut mempunyai bilik forum, galeri dan dewan. Apple Sanlitun ini juga merupakan salah satu daripada cawangan Apple Store yang dibuka di China.

Ruang forum ini bakal digunakan untuk sesi Today At Apple yang akan dihoskan oleh barisan artis, pemuzik dan pengkarya yang terkenal dari Beijing. Ruang galeri berada di tingkat atas dengan tempat duduk yang menghadap ke dataran terbuka hadapan kedai yang memberikan permandangan yang menakjubkan.

Apple Sanlitun ini juga merupakan Apple Store pertama di China yang mempunyai bumbung dengan kepingan solar bagi menjana kuasa elektrik kedai ini. Sama seperti Apple Store yang lain, reka bentuk dalaman dikemas kini dengan tangga berbatu, dinding berkaca dan meja kayu untuk memaparkan peranti yang dijual.

Sejak dibuka 12 tahun yang lepas, sebanyak 22 juta pengunjung telah mengunjungi Apple Sanlitun dan juga telah menempatkan sebanyak 52 staf. Kini, lokasi Apple Sanlitun yang baharu mempunyai sebanyak 185 staf untuk beroperasi dengan lebih lancar.

Bagi yang berkesempatan, anda boleh mengujungi Apple Sanlitun baharu ini yang terletak di dataran terbuka Taikoo Li, Sanlitun, Beijing, China.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen