Mac

Apple Telah Mengemas Kini iMac 27-Inci Dengan Spesifikasi Yang Baharu


Apple telah membuat kemas kini bagi komputer semua dalam satu mereka iaitu iMac 27-inci dengan secara mengejut pada hari ini. Spesifikasi baharu tersebut melingkungi yang dikuasakan oleh dengan cip Intel generasi ke sepuluh, memori sehingga 128GB RAM DDR4, storan sehingga 8TB SSD dan kad grafik sehingga Radeon Pro 5700 XT 16GB GDDR6.

Apple juga turut menambahkan penawaran permukaan kaca skrin Retina 5K dengan ciri True Tone dan pilihan tekstur nano yang sebelum ini hanya boleh didapati untuk pembelian skrin Pro-Display XDR. Menurut Apple, penambahbaikan ini akan memberikan penglihatan yang lebih baik apabila berada di dalam kawasan yang mempunyai pelbagai keadaan pencahayaan.

Selain itu, kamera web juga telah ditambah baik dengan sokongan resolusi 1080p yang sebelum ini hanya menyokong sehingga 720p sahaja. Ini termasuklah sokongan cip T2 dalam menambah baik tona warna kulit, pendedahan cahaya dan pengesanan wajah yang lebih jelas dan berkualiti.

Bagi yang berminat, Apple iMac 27-inci ini ditawarkan di Malaysia bermula dari RM7999 dan boleh ditingkatkan dengan spesifikasi yang tertinggi sehingga RM38687.

Sumber: Apple


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen