Acara Khas Apple Mac

Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Diperkenalkan – Bermula Dari RM2999


Bersama-sama dengan pengenalan MacBook Air baharu yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple M1, Apple juga turut memperkenalkan siri kompak bagi komputer Mac yang menggunakan cip tersebut. Mac mini ialah komputer kedua yang bakal dijana oleh cip tersebut.

Mac mini baharu ini bakal menawarkan peningkatan prestasi 3 kali lebih pantas berbanding model generasi sebelumnya. Selain itu, penggunaan GPU juga ditingkatkan sebanyak 6 kali lebih pantas dalam mengendalikan tugasan dan kerja seperti pelukisan 3D yang kompleks dengan lebih lancar.

Apple Mac mini ini hadir dengan Wi-Fi 6 untuk sambungan nirwayar yang lebih pantas dan sistem sekuriti Secure Enclave lebih ketat yang terdapat dalam cip Apple M1. Ia juga turut dilengkapi dengan sambungan HDMI, Ethernet, USB-A, Thunderbolt / USB 4 dan bicu mikrofon 3.5mm pada bahagian belakang.

Bagi yang berminat, Mac mini ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi dan setiapnya boleh ditingkatkan penggunaan memori sehingga 16GB serta storan sehingga 2TB. Pengguna boleh mendapatkannya bermula dari RM2999 sehingga RM6999 mengikut konfigurasi tersendiri.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen