Acara Khas Apple Mac

Cip Pertama Apple Silicon Untuk Mac Diperkenalkan – Apple M1


Sebelum ini Apple pernah berkongsikan kepada umum mengenai perancangan perolehan kepada penggunaan cip pemprosesan tersendiri bagi menggunakan cip yang dihasilkan oleh Intel. Pada acara khas yang berlangsung pada hari ini, Apple mengumumkan cip pemprosesan pertama dibawah Apple Silicon yang dihasilkan oleh mereka.

Dikenali sebagai Apple M1, cip ini mula digunakan pada komputer Mac yang berasaskan sistem ARM dengan binaan 5nm. Apple M1 dihasilkan dengan gabungan CPU 8-teras dan GPU sehingga 8-teras serta Neural Engine 16-teras. Menurut Apple, ini secara langsung membawakan penggunaan CPU dengan 3 kali lebih pantas dan penggunaan GPU sehingga 16 kali pantas termasuklah menawarkan 2 kali tenaga penggunaan bateri berbanding Mac generasi sebelum ini.

Di samping itu, cip pemprosesan ini juga menawarkan sistem storan dengan penyulitan AES bagi prestasi SSD yang lebih pantas dan selamat. Sistem sekuriti Secure Enclave yang terdapat pada cip T2 juga ditawarkan di dalam Apple M1 termasuklah menawarkan kelajuan sehingga 40Gbps melalui USB 4.

Sebanyak tiga komputer yang bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan ini iatu komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro serta komputer kompak Mac Mini.

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen