Apple Music

Apple Mengumumkan Anugerah Apple Music Tahunan Kedua


Apple hari ini telah mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah Apple Music Awards yang diadakan secara tahunan kedua bagi tahun ini.

Antara kategori global yang dipertandingkan ialah Artist of the Year, Songwriter of the Year dan Breakthrough Artist of the Year. Pemenang ketiga-tiga kategori ini dipilih berdasarkan editorial dibarisi oleh golongan pakar dan handal. Bagi pemenang kategori Top Song of the Year dan Top Album of the Year dipilih beradasarkan maklumat penstriman oleh pengguna Apple Music yang didengari sepanjang tahun ini.

Berikut ialah senarai pemenang mengikut kategori masing-masing:

  • Artist of the Year: Lil Baby
  • Breakthrough Artist of the Year: Megan Thee Stallion
  • Songwriter of the Year: Taylor Swift
  • Top Song of the Year: “The Box” oleh Roddy Ricch
  • Top Album of the Year: “Please Excuse Me for Being Antisocial” oleh Roddy Ricch

Setiap pemenang bakal diberikan sebuah plak khas yang dihasilkan oleh Apple.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen