Apple Music

Apple Mengumumkan Senarai Pemenang Bagi Apple Music Awards 2021


Apple mempunyai anugerah tersendiri bagi meraikan artis dengan pengiktirafan melalui Apple Music Awards. Dengan memasuki tahun ketiga, pengiktirafan anugerah ini adalah untuk meraikan impak dan kegemaran pendengar. Sebanyak lima pemenangi bagi setiap kategori dan dipilih berdasarkan editorial Apple Music dan jumlah pendengar di seluruh dunia.

Apple telah menamakan The Weeknd sebagai Global Artist of the Year. Bagi anugerah Breakthrough Artist of the Year, Album of the Year dan Single of the Year pula dimenangi oleh Olivia Rodrigo. Penyanyi H.E.R pula telah memenangi anugerah Songwriter of the Year untuk tahun ini.

Bermula tahun ini, Apple Music Awards juga telah memperkenalkan kategori yang baharu iaitu Regional Artist of the Year. Anugerah ini bakal mengiktiraf artis daripada lima negara dan daerah iaitu Afrika, Perancis, German, Jepun dan Rusia. Pengiktirafan ini adalah untuk artis yang mempunyai impak terhadap kebudayaan dan populariti mengikut negara dan daerah masing-masing. Senarai penuh pemenang boleh dilihat pada artikel di laman berita Apple.

Acara meraikan, temu ramah dan kandungan ekslusif pemenang Apple Music Awards ini boleh ditonton bermula 7 Disember 2021 melalui Apple Music dan pada aplikasi Apple TV.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen