Apple pada tahun ini dilaporkan merancang untuk melancarkan pelbagai jenis produk dan peranti baharu yang belum pernah terdapat pada barisan kategori produk di bawah Apple. Laporan ini telah dilaporkan oleh penganalisis terkenal iaitu Ming-Chi Kuo menerusi MacRumors pada hari ini.
Aksesori peranti penjejak iaitu Apple AirTags dijangka bakal dilancarkan pada tahun ini secara rasmi. Apple AirTags ini membantu pengguna untuk mencari sebagai peranti penjejak yang disambungkan pada barang peribadi seperti kunci, beg atau dompet mahupun haiwan peliharaan merupakan aksesori penjejak untuk membantu pengguna mencari. Apabila aksesori dan peranti Apple masing-masing terpisah, pengguna bakal mendapat notifikasi pemberitahuan serta lokasi berhampiran aksesori di antara kedua-dua aksesori dan peranti. Lokasi Apple AirTags ini boleh dilihat melalui aplikasi Find My.
Selain itu, peranti realiti terimbuh juga dilaporkan bakal dilancarkan pada tahun ini. Apple sebelum ini dikhabarkan sedang membangunkan sebuah peranti set kepala yang khusus kepada realiti terimbuh, namun Ming-Chi Kuo tidak melaporkan secara spesifik dan jelas peranti tersebut. Ini kerana, peranti iPhone dan iPad juga mempunyai pengalaman realiti terimbuh yang boleh diakses secara terus.
Bagi aksesori fon telinga, generasi baharu bagi Apple AirPods dijangka bakal dilancarkan dengan spesifikasi yang dikemas kini. Manakala bagi aksesori dan produk Mac pula Apple dijangka melancarkan lebih banyak komputer Mac yang dikuasakan dengan cip Apple Silicon iaitu Apple M1 bersama-sama monitor dengan paparan skrin Mini-LED.
Acara khas Apple yang pertama pada tahun ini dikhabarkan bakal berlangsung seawal pada bulan Mac ini. Sama-samalah kita menantikan pelancaran produk baharu bagi tahun ini.
Tambah Komen