Ketika pelancaran iPhone 12 yang lepas, Apple telah memperkenalkan kembali pengecas MagSafe yang berasaskan teknologi pengecasan nirwayar kepada umum. Sebelum ini, pengecasan MagSafe hanya mula diguna pakai pada barisan komputer Mac bermula dari tahun 2006 sehingga 2015 dan kemudiannya memperkenalkan pengecas magnetik untuk Apple Watch.
Dalam pada itu, Apple telah memfailkan sebuah paten baharu yang dilihat untuk mengembangkan lagi penggunaan teknologi ini kepada produk di bawah ekosistem Apple yang lain. Berdasarkan paten tersebut, Apple dilihat sedang menguji kebolehan untuk sebuah MacBook dan iPad menggunakan penggunaan teknologi pengecasan nirwayar untuk mengecas peranti iPhone atau Apple Watch apabila diletakkan pada bahagian tertentu di MacBook atau iPad tersebut.
ini secara langsung membolehkan pengguna untuk mengecas MacBook serentak dengan mengecas iPhone dan Apple Watch di atasnya. Namun, sudah tentu pengecasan ini tidaklah sepantas seperti menggunakan palam pengecasan pantas yang lain tetapi ia boleh membantu di saat kecemasan mahupun ketika peranti tidak digunakan.
Walaupun ianya suatu paten, tidak mungkin untuk Apple mengimplementasikan teknologi ini pada masa hadapan dan seterusnya mengembangkan lagi untuk produk yang lain.
Sumber artikel: 9to5Mac
Tambah Komen