Apple Watch

Dapatkan Cabaran Aktiviti Hari Wanita Sedunia Pada 8 Mac Ini

Apple pada hari ini telah mengumumkan pelbagai bahan media khas bersempena dengan Bulan Sejarah Wanita dan Hari Wanita Sedunia. Dari bahan bacaan hingga audio siar dan juga bentuk senaman, pengguna boleh mendapatkannya melalui kesemua servis digital di bawah Apple.

Bagi pengguna Apple Watch, anda boleh mendapatkan pingat edisi khas bersempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini. Anda hanya perlu melakukan senaman samada yoga atau larian selama 20 minit pada hari tersebut untuk mendapatkan pingat ini. Pastikan senaman tersebut dilakukan melalui aplikasi Workout atau aplikasi senaman lain yang diselaraskan dengan aplikasi Health.

Terdapat juga lima pelekat beranimasi yang boleh digunakan untuk Messages dan FaceTime termasuklah aplikasi yang menggunakan pelekat iMessage. Kebisaannya dalam tempoh 2 hingga 3 hari sebelum 8 Mac, cabaran aktiviti ini akan muncul pada aplikasi Fitness dalam iPhone anda.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen